BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 28, 2009

AQIDAH DALAM BERAGAMA

Didalam perkembangan sains dan teknologi abad ini kita terpaksa mengikuti apa-apa yang terkini, tetapi didalam perkara ‘Aqidah kita seharusnya kembali kezaman Nabi Muhammad saw yang diutus oleh Allah SWT untuk mengembalikan manusia daripada syirik kepada tauhid.

‘Aqidah Islam mewajibkan umatnya percaya akan Allah SWT, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, Para rasul, hari kiamat serta qada’ dan qadar. Semua ini amat mudah difahami tetapi bertukar menjadi sukar jika terkeliru dengan permasalahan “ilmu kalam” yang berpautan. ‘Aqidah adalah fardhu ain tetapi ilmu kalam tidak.

Berbanding dengan ilmu kalam, ‘Aqidah merangkumi rukun iman yang membentuk peribadi muslim. Penekanannya adalah pada masalah sifat dan asma’ (Allah), bukannya pada zat Allah yang tidak akan tercapai oleh aqal manusia. Walaupun dikatakan bahawa Allah “bersemayam di atas ‘Arasy” ia “bila kaif” (tanpa [diketahui] bagaimana). Perbincangan sifat Allah tidak terbatas kepda sifat dua puluh sahaja, begitu juga asma’ Allah yang tidak terbatas kepada sembilan puluh sembilan sahaja.

Menghayati rukun iman (I’tikad [aspek dalaman]) sahaja tidak lengkap tanpa menghayati rukun islam (amal [aspek luaran]) dan Ihsan yang semuanya wajib dijaga agar tidak rosak.

Isalam adalah merangkumi aspek-aspek ‘Aqidah dan Syari’ah. Syari’ah digelar furu’ dan ‘Aqidah digelar usul.

Mengenai ‘Aqidah, Allah SWT telah melengkapkan usulnya didalam Al-Qur’an yang dibatas dan diperjelaskan oleh Rasulullah saw samaada dengan perkataan ataupun perbuatannya. Oleh itu tiada ruang bagi aqal manusiamemikir dan mengkajinya.

‘Aqidah para sahabat hanyalah berpegang kepada Al-Qur’an dan Al-Hadith semata-mata dan tiada ruang bagi aqal mencampurinya. Jika ada sebarang permasalahan pada zaman Rasulullah saw, Baginda akan dirujuk.

Zaman Rasulullah saw telah berlalu, namun kaum muslimin tetap berpegang kepada ‘Aqidah yang satu, iaitu ‘Aqidah yang bersumberkan wahyu.

Bersambung…..

Monday, August 17, 2009

KHALIFAH

Mendirikan semula Khilafah adalah kewajipan ke atas umat Islam yang datangnya dari Allah Azza wa Jalla. Dengan tertegaknya Daulah Khilafah untuk kedua kalinya, maka barulah kemuliaan yang telah hilang dari umat Islam akan kembali semula kepada mereka. Hanya dengan adanya Daulah Khilafah sahajalah, maka kaum kuffar penjajah akan dapat dikalahkan. Hanya dengan Khilafah sahajalah bumi-bumi umat Islam yang sekarang ini dijajah atau diduduki oleh puak kuffar, akan dapat dibebaskan dan disatukan di bawah satu payung pemerintahan. Insya-Allah, hanya dengan terwujudnya Daulah Khilafah, maka segala penderitaan umat Islam akan berakhir dan kita semua akan bersatu di bawah seorang Amirul Mukminin, sebagaimana pada zaman Rasulullah SAW dan Khulafa’ Rasyiddin. Semoga Allah membalas segala kebaikan saudara semua dengan ganjaran yang berlipat kali ganda dariNya, Insya-Allah. ALLAHU AKBAR!!!